Aktivitas eksplorasi gas wilayah selatan
gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa
sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut
“Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia
raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah
SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar.
Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru
manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian,
setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka
dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman,
mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini
penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi
tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak
seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi
Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan
penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’.
Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah
yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa
pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan
akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang
menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota
Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang
membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan
bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak
dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka
tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka
atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam
cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang
sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur
yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai
seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah
menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang
sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang
peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix
adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang
ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut
daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan
menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud
“Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah
tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung
pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara
semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini
menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari
pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini
digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu,
tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang
“beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah
menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari
suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan
“Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang
Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan
menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno
Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji
lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas,
yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang
masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar
dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku
Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional
Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah
tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak
yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai
manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di
California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah
tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang
ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi
Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah
bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju
ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar
bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut,
beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari
dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar
angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di
tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat
dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil
dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak
yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang
menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa
lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari
sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun
pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar,
Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini
sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu
runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini
adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam
Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat
menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins,
seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa
kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan
kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka
itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah
Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan
bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun
(suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
sumber : http://segalanyadisini.com/
1 komentar:
woi...
nyontek malaysia ya?
Posting Komentar