Aktivitas eksplorasi gas wilayah selatan 
gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa
 sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut 
“Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia 
raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah 
SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. 
Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru 
manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian,
 setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka 
dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, 
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, 
mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini 
penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi 
tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak 
seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi 
Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan
 penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’.
 Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran 
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah 
yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa 
pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan 
akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang 
menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota 
Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang 
membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan 
bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak 
dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al 
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka 
tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka 
atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam 
cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang 
sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur 
yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai 
seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah
 menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang 
sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang 
peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix 
adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang 
ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut 
daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan 
menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud 
“Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah 
tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung
 pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian 
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam 
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara 
semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini
 menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari 
pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini 
digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, 
tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang
 “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah 
menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari 
suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan 
“Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang 
Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan 
menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno 
Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji 
lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, 
yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang 
masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar 
dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku 
Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional 
Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah 
tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak 
yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai 
manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di 
California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah 
tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang 
ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi
 Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah 
bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju 
ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar 
bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, 
beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari
 dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar
 angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di 
tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat
 dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil 
dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak 
yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang 
menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa 
lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari 
sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun 
pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, 
Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini
 sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu 
runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini 
adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam 
Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat 
menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins,
 seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa 
kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan 
kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka 
itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah 
Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan 
bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang 
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun 
(suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) 

sumber : http://segalanyadisini.com/ 
1 komentar:
woi...
nyontek malaysia ya?
Posting Komentar